Ilhamusafir

Daisypath Anniversary Years Ticker

Friday, July 03, 2009

Najihah@School
























Tuesday, June 30, 2009

Hajat

Sebenarnya ada hajat orang yang harus saya tunaikan. Apa pun saya perlu meminta bantuan dari beberapa individu untuk menyelesaikannya. Namun begitu setelah hampir 2 minggu saya menanti belum ada maklumbalas yang sepatutnya dari mereka yang saya minta tolong.

Jadi tadi saya terpaksa menghubungi seseorang yang lain untuk meminta bantuan... sebenarnya dari awal saya agak segan nak minta bantuan dari individu ini kerana pangkat Dr. nya.. Alhamdulillah tak sampai 2 minit saya telah mendapat apa yang telah dihajati....Thanks! Jasamu dikenang..

Sekurang kurangnya dengan maklumat yang saya dapat ini harapan saya dapat membantu sedikit sebanyak apa yang dihajati itu..

Ameen...


Stress

Sejak seminggu lepas meskipun sudah tidak lagi muntah muntah Fathi Najmi masih lagi mengalami cirit birit sehingga sekarang.. Saya pun turut sama kene muntah muntah dan cirit birit sehingga tak larat untuk bangun.

Ketika pergi bertemu doktor, doktor tidak memberi apa apa ubat, menurut beliau akan pulih sendiri tanpa ubat. Saya agak kurang gemar cara perubatan di sini. Dah lah kene buat temujanji 1 hari lebih awal atau jika bernasib baik 4 jam lebih awal. Tetapi bila juma doktor pula tiada apa2 penyelesaian melainkan pesakit disuruh bertahan sehingga seminggu untuk baik sendiri.

Menurut beberapa org teman masalah muntah muntah dan cirit birit adalah penyakit yang sering berlaku di musim sejuk di New Zealand. Semasa di Jepun tak ada pula begini.. Tak tau lah saya.

Disebabkan masalah kesihatan, saya tidak dapat ke lab seperti biasa selama seminggu.
Ini membuatkan saya mengalami stress. Stress kerana saya tiada progress dalam masa yg agak lama. Stress kerana rasa bersalah tidak ke lab. Stress bila memikirkan saya aka menemui penyelia saya pada setiap hari Isnin tanpa apa apa progress.

Semalam dalam keadaan yg tidak ada progress saya menemui penyelia saya. Di awal pertemuan saya memberitahu bahawa saya tiada progress kerana masalah kesihatan dan tidak datang ke lab. Beliau mencadangkan supaya saya berpindah ke umah yg lebih baik. Ini kerana di rumah saya sekarang tiada sistem pemanasan disediakan langsung. Tapi saya memberitahu beliau bahawa kami sudah membeli heatpump yang amat membantu memanaskan kami sekeluarga. Menurut beliau keadaan rumah yang agak lama juga mungkin menyebabkan saya dan anak terkena virus yang menyebabkan cirit birit. Jadi beliau mencadangkan saya untuk mencari rumah yang lebih baik dengan harga yang lbh mahal sedangkan elaun bulanan rumah sekarang hanya hampir bersamaan dengan sewa rumah mingguan di sini

Setelah membincangkn tentang masalah kehidupan saya,kemudian kami berbalik kepada masalah research saya. Saya memaklumkan kepada beliau bahawa saya telah mengubah algorithm control strategies saya kepada yang lebih simple berbanding dulu yg lebih berbelit belit ..Sekurang kurangnya setelah bertemu dengan penyelia, stress saya berkurangan.

Sebelum mengakhiri pertemuan dengan penyelia,kemudian penyelia saya mengajak saya menaiki kereta beliau untuk meninjau rumah sewa yang lebih baik di kawasan yang juga lebih baik.. Beliau juga mencadangkan supaya kakak di tukarkan sekolah ke sekolah yang lebih baik. saya pernah menceritakan kakak kurang happy di sekolah meskipun sebenarnya dia sangat suka belajar

Jadi beliau menunjukan sebuah rumah yang agak berhampiran dengan rumah beliau yang saya rasakan agak mahal bila saya menelefon lodge rupanya rumah itu telah dibeli awal pagi itu. Beliau juga menunjukkan sekolah yang katanya lebih baik.Saya juga pernah mendengar kawan kawan membritahu sekolah itu agak baik kerana pelajar pelajarnya terdiri daripada golongan anak pensyarah,peguam,doktor dan golongan profesional.

Tapi semalam suami memberitahu bahawa ada yang memberitahunya bahwa sekolah itu adalah sekolah ajaran Katolik. Jadi saya memutuskan utk tidak mnghantar anak ke situ..Rumah yang ditunjuk tadi pun dah dibeli kan....

Jadi kami harus memikirkan alternatif lain.. Semoga si kecik cecepat sembuh dan semoga kami semua dilindungi daripada segala musibah dan mala petaka... Ameen..

Wednesday, June 24, 2009

Harapan Baru

Alhamdulillah 17 June yang lalu saya telah membentangkan di postgrad seminar universiti.
Sebenarnya saya pun tak perasan nama saya ada dalam senarai pembentang.Ini kerana saya baru mendaftar bulan Feburuari yang lepas dan hanya baru masuk 5 bulan saya di sini. Masih terpinga pinga.. bab kata bahasa Jepun 'pika pika ichinensei'...Sehinggalah satu minggu sebelum giliran saya saya diingatkan untuk membuat persediaan.

Mula lah saya gelabah biawak. Walaupun kawan kawan seofis mengatakan buat biasa je macam tiada apa apa saya gelabah juga.. alkmaklumlah tak ada banyak yang boleh dibentangkan..

Setelah berbincang dengan supervisor, akhirnya saya dapat menyiapkan slide presentation.
Akhirnya saya pun dapat membentangkan tanpa gelabah biawak

Yang pasti seronok pun ada bila co supervisor memuji presentation saya dan jawapan sy semasa soal jawab seolah olah profesional.. tp sebenarnya haprak banyak giler benda yg tatau Ketua jabatan pun ada mengatakan bagus.. Alhamdulillah....

Tapi selepas dari hari pembentangan sehingga sekarang.. saya masih tiada lagi progress.. Stuck dan agak sibuk dengan kesihatan diri dan anak yang tidak menentu.. hari ini hanya dirumah dengan si Fati Najmi yag muntah muntah dan cirit birit

Harap harap dan doakan saya semoga ada sedikit perkembangan baru ..sedikit walaupun tak banyak yang dapat memberi harapan baru di bulan yang mulia..

Ameen


Ahlan Ya Rejab

Ahlan Ya Rejab..
Syukur alhamdulillah kerana saya dan mereka yang sayangi masih lagi bernafas sehingga ke hari ini...
...
..



Wednesday, June 17, 2009

Selamat Ulangtahun Ayah ke 66

My beloved Dad -Abdul Wahab b. Md Hussain


Happy birthday to the best dad I know,

A father I love and respect,

A dad who fulfills all his duties

To teach, to guide, to protect.

If everyone had such a father,

A really good dad like mine,

The world would be so much better,

It would look like God’s own design.